468x60 Ads

This is an example of a HTML caption with a link.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Post hari ini adalah sedikit perkongsian tentang kes penipuan pembelian hartanah. Umum tahu bahawa harga hartanah pada hari ini kian meningkat sehingga penduduk Malaysia rata2 tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri. Maka akan ada yang mudah terliur dengan tawaran harga rumah sub-cost.

kes kali ini adalah berkaitan rumah di SELAYANG MUTIARA iaitu rumah PKNS. Berikut adalah iklan yang digunakan untuk tawaran tersebut




Dengan harga RM270,000 bagi rumah yang bernilai RM350,000 adalah amat mengiurkan bukan. Maka dengan tanpa berlengah kita akan mula menghubungi seller dan mula lah adegan offer mengoffer.

Dipendekkan cerita intipatinya adalah seperti berikut

# Asalnya seller tak mahu jual. Tapi perlu duit sbb mak sakit jantung di IJN. Perlu duit urgent 80k untuk pembedahan
# Ada 2 orang berebut dengan saya so siapa deposit dulu dia akan dapat. Kita dah kena reverse psychology. Cepat2 nak bank in sbb nak chop.
# Bila kita minta S&P katenye hanya dapat setelah 10% dibayar
# Bila ajak berjumpa katanya tiada di selayang. Currently di penang sbb audit under tempat kerja which is CIMB
# deposit 10% pada akaun KREDIT/DEBIT. Maksimum 10k sehari (atau sekali transfer. Scammer akan transfer gi akaun dia sblm kata kat buyer boleh transfer lagi hari ni). Bila tanya kenapa akaun kredit, tiada jawapan.
# Dia akan bagi resit cantik dan lengkap dengan details mcm beli property kebiasaannya. Kita minta SNP dia belit dan putar ayat cantik sahaja macam dah biasa dapat soalan tu.
# Saya minta emel geran dan ic. Seller hanya akan beri setelah bayaran diberi. Saya minta sebelum bayaran dibuat dan di bawah ini adalah geran tersebut yang nyata lot kepunyaan rumah yang lain. IC pemilik juga adalah bekas mangsa sama seperti saya.






# Rumah di tanah kurnia tidak boleh tukar nama tapi seller kata boleh asal takde hutang di pkns
# Seller dah jual murah mesti kene ikut kata seller
# Bila request nak jumpa wife (kebetulan wifenya bekerja sama tempat dengan saya) loophole di sini kerana dia beritahu tempat kerja wife sebelum saya beritahu tempat kerja saya. wife juga kursus tak dapat berjumpa. Suddenly wife dah pindah ke PPUM???
# Seller kerja cimb jd minta ic, kwsp, slip gaji dan driving license untuk dia handle loan. Pakai rate staff. Bulan2 bayar rm600 lebih je. Wao!!!
# Silap di sini sebab saya bagi all the details. Mungkin bakal digunakan untuk mangsa seterusnya.
# nak cash. Pujuk2 dapat gak pakai cheque. Tapi... kena buat 2 cheque. Kenapa tak boleh 1 shot? Aneh kan? Saya pernah deal jual tanah 200k pun pakai 1 cheque 1 shot.


kemudian saya  terlintas untuk bertanya di kaunter tentang  dan kaunter menerangkan itu adalah cara scammer bergerak. Baru2 ni ada kes berlaku di mana dia minta masuk ke akaun kredit/debit. Cancel niat nak teruskan deal.


# Bila diminta akaun current/saving katanya debit kad atau kredit kad adalah akaun saving
# Mula meninggi suara sebab kita dah mula syak dia
# Bila diselidik 'wife' beliau berkata dia juga pernah menjadi mangsa

Report polis telah dibuat. Reason untuk protect sekiranya details saya digunapakai untuk scam yang seterusnya. Banyak yang polis dah buat still susah nak kesan. ni namanya kebijakan disalahguna. Integriti kerja takde. Maybe orang dalam bank jugak yang terlibat.

Apapun, sekiranya anda dapat ic sy yang mengatakan saya penjual dan owner rumah maka sila hubungi saya secepatnya.

di bawah ini adalah nama penuh saya dan rakan saya aka 'wife' scammer ni.

Maryam Jamilah binti Laharadi @ Lahuri 861022XXXXXX
Rosmawati binti Fiee

012-9311699 : jangan pulak call nak offer insurans, kredit card, etc okay~
READ MORE

Zakat Emas : ulangkaji



Kewajipan zakat ke atas logam Emas dan Perak dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud: 
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”. At- Taubah; ayat 34-35

Istilah asas yang kita kena ketahui:
1. Nisab bermakna nilai yang dikenakan zakat
2. Uruf bermakna nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat
3. Haul bermakna tempoh masa iaitu setahun hijrah

Syarat-Syarat Wajib Zakat Emas :-
Islam pemiliknya.
Cukup nisab.
Cukup haul atau setahun di dalam milik mengikut kiraan tahun hijrah.
Milik yang sempurna. 

Zakat Emas terbahagi kepada 2 keadaan... iaitu yang disimpan atau "tidak dipakai" ( jongkong emas , dinar dan barang kemas tak dipakai walaupun sekali ) dan yang dipakai ( kebiasaanya barang kemas), maka pengiraannya juga berbeza.

Emas dan Perak Yang Tidak Dipakai atau Disimpan.

Dari Ali bin Abu Talib r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 

".. tidak diwajibkan atasmu sesuatupun - pada emas - sehingga ada bagimu 20 dinar, kalau engkau ada 20 dan ia pula genap setahun lamanya dalam simpananmu, maka zakatnya ialah 1/2 dinar. Seterusnya yang lebih dari itu hendaklah dikira menurut kiraan yang tersebut (dan dikeluarkan zakatnya) .." (Hadith Hasan - Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Dari Ali bin Abu Talib r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila engkau ada 200 dirham, dan ia pula telah genap setahun dalam simpanan mu, maka zakatnya (yang wajib kamu keluarkan) ialah 5 dirham .." (Hadith Hasan - Riwayat Abu Daud)

Secara ringkasnya, Jumlah Zakat yg dikenakan untuk:
Emas:
Nisab : 20 dinar atau 85 gram
Kadar : 1/2 dinar drpd 20 Dinar atau 2.5 %
Haul : Genap Setahun dalam simpanan
Perak:
Nisab : 200 Dirham atau 595 gram
Kadar : 5 dirham drdp 200 dirham atau 2.5%
Haul : Genap Setahun dalam Simpanan 

Contoh Pengiraan:

Kaedah pengiraannya ialah: [(Timbangan emas per gram) x (Harga emas semasa / gram)] x 2.5%

Harga semasa emas adalah RM162.13 per gram dan Emas tersimpan seberat 90 gram.
maka kadar zakatnya : [90 gram x 162.13] x 2.5% = RM 364.79

Andaikan 1 gram perak = RM 0.62 dan Perak yang dimiliki seberat 1000 gram.
maka kadar zakatnya = [1000 gram x RM 0.62] x 2.5% = RM15.50

(Harus diingat, kadar harga semasa bagi nisab emas dan perak sentiasa berubah - ubah mengikut harga emas dan perak semasa jadi perlu dirujuk dgn pusat zakat berhampiran anda )

Emas Yang Dipakai sebagai Perhiasan

Emas yang dipakai sebagai perhiasan walaupun hanya sekali dalam setahun TIDAK wajib dikeluarkan zakat keatasnya, walaubagaimanapun sekiranya melebihi URUF yang telah ditetapkan maka WAJIB dikeluarkan zakat keatas perbezaan berat itu. Kadar Uruf adalah mengikut negeri - negeri di Malaysia seperti berikut:

Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)

Semakkan kadar uruf perlulah dibuat dari masa ke masa di Pusat Punggutan Zakat berhampiran anda 

Contoh Pengiraan:

Bagi yang bermastautin di Kuala Lumpur kadar uruf = 150 gram, berat emas = 320 gram dan harga semasa = RM162.13
maka berat yang dikenakan zakat = 320 gram - 150 gram = 170 gram
kadar zakat yang perlu dikeluarkan = [170 gram x RM162.13] x 2.5% = RM 689.05

Persoalan Lazim Berkaitan Zakat Emas dan Perak

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

(sumber:http://www.e-zakat.com.my/soalan-lazim/)
READ MORE

Renew passport : MINI UTC SENTUL


Salam pagi sabtu.

Hari ni nak share untuk sesiapa yg berminat nk buat passport atau renew ic, mini utc ni baru je dibuka. Jabatan Imigresen beroperasi setiap hari termasuk sabtu dan ahad kecuali public holiday jam 8.30 am hingga 10 pm.

Susah nak cari sbb takde dlm map. Ape pon, klu sesiapa nak pergi, mudah saje. Cari stesen lrt sentul... Key point adalah stesen lrt sentul. Menghala ke arah di mana laluan lrt adalah di sebelah kiri anda dan kanan akn nmpk kwsn perumahan. Masuk kanan, jalan yg menghala rumah2 flat. Situlah letaknya mini utc sentul.

Gud luck :)
READ MORE

Promosi perniagaan - The Rule of 5


Kita semua tahu tentang 94% perniagaan (Internet dan juga bukan Internet) gagal kerana tidak melakukan promosi. Bagaimana kah kita hendak tauhu sama ada promosi kita mencukupi?

Di sini lah timbulnya “The Rule of 5″.

Ia mengatakan bahawa pada setiap masa, sekurang-kurangnya anda mempunyai 5 cara promosi yang bergerak serentak.

Itu lah dia nya Rule of 5.

Contoh, pada satu waktu mungkin:

  1. Anda mengedarkan flyer.
  2. Anda membuat pengiklanan di Internet.
  3. Anda membuat free preview mengenai perkhidmatan anda.
  4. Anda promosi melalui email.
  5. Anda berjumpa prospek.

Cukup lima… itulah The Rule of 5. Lima kaedah promosi dilakukan serentak. Di atas contoh sahaja… terpulang kepada anda kaedah apa yang anda gunakan. Sekiranya anda melakukan perniagaan, dan lihat keuntungan tidak memberangsangkan… cermin kembali perniagaan anda. Adakah anda aplikasikan the Rule of 5? Kalau tidak… sendiri mau ingat!

Juga ingat… the Rule of 5 adalah MINIMA. Kalau yang minima pun anda tidak lakukan… maka, jangan disalahkan perkara2 lain.Salahkan diri anda sebagai pemilik perniagaan.
READ MORE

EMAS DUBAI DAN ABU DHABI

Satu perkongsian

Assalamualaikum semua, saya doakan anda semua sihat walafiat dan kaya serta berjaya!

Kesempatan ini sy ingin berkongsi pengalaman berharga yang saya perolehi semasa lawatan saya ke 2 bandar Emas dunia iaitu Dubai dan Abu Dhabi...

3 Perkataan yang boleh saya simpulkan tentang kedua2 bandar ini iaitu MEWAH, EMAS, PANAS ;-)



Kenangan 1 kilo emas dipamerkan dengan selamba di tepi jalan ;-)


Abu Dhabi (Bahasa Arabأبو ظبي ʼAbū Ẓabī, secara harfiah "Bapa Zabi") adalah ibu negara emiriah dengan nama sama, bandar terbesar dari tujuhemiriah yang terdirinya Emiriah Arab Bersatu. Ia adalah bandar raya terkaya di dunia dan terletak di utara pusat EAB. Bandaraya ini terletak di sebuah pulau berbentuk T mengunjur ke dalam Teluk Parsi dari pantai tengah barat. Kira-kira 1,000,000 orang tinggal di sana pada 2000, dengan kira-kira 80% penduduknya orang asing.

Bertolak ke Abu Dhabi dari KLIA - Doha - Abu Dhabi



Singgah di Doha Qatar

Keluar duit dari ATM Qatar utk membeli sarapan

Singgah di Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi
Masjid Sheikh Zayed ialah masjid ketiga terbesar di dunia. Masjid ini terletak di Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu. Masjid ini dinamakan sempena Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pengasas dan presiden pertama Emiriah Arab Bersatu yang juga dikebumikan di sana. Masjid ini dibuka dengan rasminya pada bulan Ramadhan 2007.

Rekod dunia

Masjid Sheikh Zayed memegang beberapa rekod dunia:

  • Karpet yang terbentang luas di masjid ini merupakan "karpet terbesar dunia" dan dibuat oleh "Iran's Carpet Company" hasil rekaan artis Iran Ali Khaliqi. Karpet ini berukuran 5,627 meter persegi. Berat karpet tersebut ialah 47 tan - 35 tan kapas, dan 12 tan benang.
  • Masjid ini juga mempunyai candelier (lampu lilin) terbesar dunia. Terdapat tujuh lampu lilin yang diimport dari Jerman dan kesemuanya adalah dari tembaga dan bersalut emas. Lampu lilin yang terbesar berdiameter 10 meter dan 15 meter tinggi.

Jalan lurus dan cantik. Pemandangan yang indah dibarisi pohon Kurma


Sampai disana terus ke kedai mamak pekena Roti Prata. Kuah kari disini memang POWER!!!

Bank -bank pun banyak di Abu Dhabi

Pencakar langit di padang pasir 

Impian saya memiliki BMW X6 ini. Ya Allah permudahkanlah impianku..

mat rempit abu dhabi

show room bmw dan Mini cooper..


wah GOLD CENTRE betul2 mengugat keimanan di hari pertama..


Gold Centre pandangan belakang. Hotel tempat tinggal kami betul2 berhadapan dengan Gold Centre..TERUJA!!


Ajanta Jewellers
Dengan bantuan Tuan Syed kami berjaya meletakkan Dinar Emas Syifa di ruang pameran kedai emas ini.
Orang Dubai boleh dapatkan DInar SYifa di kedai ini.
Orang Malaysia boleh dapatkan di www.gsr2u.com.my/goldengold



Hari yang di nanti telah tiba....
MADINAT ZAYED SHOPPING CENTRE

Madinat Zayed Shopping Centre adalah tempat untuk pergi untuk membeli-belah antarabangsa. Di tengah-tengah bandar ia menawarkan pelbagai jenama dan kedai-kedai yang menawarkan segala-galanya pembeli arif dari tinggi akhir fesyen, minyak wangi, barangan rumah, barangan runcit, elektronik dan banyak lagi.
Dengan lebih daripada 70 kedai-kedai barang kemas yang menawarkan emas tradisional dan kontemporari, berlian dan barang kemas mutiara dari seluruh dunia, Madinat Zayed Shopping Centre adalah permata sebenar di bandaraya. Ia juga mempamerkan  Pusat Emas di Abu Dhabi. 



Di sini harga emas agak mahal sedikit berbanding Dubai. tapi masih murah berbanding Malaysia.

Pergi waktu pagi maka agak sunyi..



Cukup sampai di sini dulu perkongsian saya. Saya akan sambung hari kedua di Dubai dengan paparan foto dan info kedai emas yang murah2..
READ MORE
Salam semua. 

Umum sudah tahu kejatuhan harga emas pada Jun 2013. Pada 20 jun 2013, harga jatuh mendadak sehingga rm142-145/g tanpa upah.

Harga emas di kedai emas seperti Poh Kong, Habib Jewel, Wah Chan dan sengkatan dengannya masih di harga lama kerana mereka update by hari.

Untuk pengemar barang kemas online, anda boleh dapat emas fizikal pada harga yang disebutkan diatas pada harga fix. Tidak perlu pening nemikirkan kos upah dan sebagainya. Harga mungkin lebih tinggi untuk design yang lebih eksklusif.

Manakala bagi emas 999 anda boleh dapatkan pada harga RM150-155 per gram siap semua.

Bagi yang berminat untuk window shopping barang kemas, boleh singgah ke www.gsr2u.com.my/goldengold

Dan hubungi saya untuk bantuan pembelian atau pelaburan emas. Saya sedia membantu anda.
READ MORE
Assalamualaikum

Hari ni, saya ingin berkongsi mengenai belian emas KEENAM saya menerusi platform GSR secara online. Ingat lagi post saya mengenai DINAR SYIFA??

Sekejap saja sold out. Dan bila restock balik, cepat2 order 1. Cantik sangat sampai takut kempunan nak tunggu diorang restock lagi. tak suka pre-order ni. Lambat. Hari-hari intai website GSR supaya tak terlepas stok lagi.




Harga emas hari ini untuk 1g GOLDBAR adalah RM166.68 per gram. Manakala harga ahli adalah RM153.68 per gram

Harga emas hari ini untuk 5g GOLDBAR adalah RM154.92 per gram, 5g ialah RM774.58. 
Manakala harga ahli adalah RM141.92 per gram, 5g ialah RM709.58.

Jadi untuk 2pcs 1g goldbar dan 1pc 5g goldbar ini saya untung RM13x2 + RM65 bersamaan RM91. Ingat lagi belian pertama saya??? (SILA RUJUK SINI). Dan juga belian kedua saya??? (SILA RUJUK SINI) serta Belian ketiga (SILA RUJUK SINI) Saya save RM600 dengan rantai emas 999 30.5g, RM70 dari belian cincin emas, serta RM174 melalui Rantai Tangan Bola-Bola Hati secara online. Tidak lupa BELIAN KEEMPAT SAYA yang mana saya save RM49. Dan dinar syifa saya.

Total modal saya sekarang daripada RM1000 hanya tinggal RM35!!! Keuntungan ini akan berterusan setiap kali saya membeli emas. Sangat berguna untuk yang membeli emas sebagai platform pelaburan. Dan jangan lupa, dengan menjadi ahli VIP saya dapat FREE name card, baju, etc SILA KLIK SINI SEGERA.

Anda juga boleh membeli emas secara online tanpa perlu menjadi ahli
lawati http://www.gsr2u.com.my/goldengold

Sebarang pertanyaan?
MJ (goldengold)
0129311699
READ MORE